Monday, October 31, 2011

Cikgu 30minit..

Walaupun hanya 30minit tapi pengalaman bermakna sangat berharga dalam memberi tunjuk ajar kepada kami iaitu kawan2 yang sama-sama mengajar hari ni di sekolah ST Advantist Tamparuli...
Kawan baik Noranita dan Norasiah banyak membantu dlam melaksanakan hasil yang kami ingin...
Alhamdulillah akhirnya kejayaan beroleh dgn usaha kami..Namun dalam hati masih tak puas kerna masih banyak yang kami perlu cari dan belajar utk menjadi seoarang guru sepenuh masa bkn sekadar guru 30minit.


Kami melihat pelbagai tahap murid dan pelbagai karenah pelajar...
ada yang aktif, ada yang shy2, ada yang spt mrsakan diri mereka hebat, rasa gahhh, sombong, ada yang sporting, bersemangat utk belajar, dan macam2 lagi...apa yang mampu dikatakan TUGAS seorang yang bergelar GURU bukanlah mudah seperti mana yang masyarakat anggapkan..bukan mudah utk membentuk para pelajar dan bukan mudah utk memberi pelajaran yang bermakna kepada para pelajar...walaupun hanya 30minit peluang yang diberikan utk merasai tugas sebenar seorang guru...30 minit dah rasa besarnya tanggungjawab seorang guru, apatah lgi kalau 30 tahun...


Sebelum memulakan kelas terasa debaranya tapi bila dah memulakan kelas seperti tak terasa masa yang bergerak pantas, 30minit bagaikan beberapa saat..banyak yang ingin disampaikan tapi apakan daya masa bagaikan arus deras yang mengalir..


Kecekapan guru, keaktifan guru, suara guru, arahan guru, kebolehan serta kekreatifan guru sangat penting dalam membawa para pelajar mencapai tujuan P&P...


tapi dalam situasi 30minit pengajaran secara berkumpulan, peranan dan bantuan rakan kumpulan sangat berguna sekali..Terima kasih kawan2 (NITA&ASIAH)...


Kelemahan dan Kekurangan:
- Penggunaan Bahasa rasanya perlu diperbaiki (kau)huhu..
- ICT memang xboleh nak kata la ada jak masalah bila menggunakannya...tapi kerna terlalu mengejar masa mouse dekat laptop langsung tak nampak dan xdigunakan huhu..alangkah baiknya jika ia digunakan...


Kelebihan..
-control ayu jauh sekali hee...
-suara jelas pelajar tersentak (Norasiah Kallam, belum jadi cikgu dah dapat gelaran DATIN)hee.....
-berjaya capai hasil pmbljrn walaupun tidak sepenuhnya..


Masalah yang tak dapat elak..
-pelajar dah penat belajar sejarah kerana dari pagi sehingga tengahari belajar sejarah sahaja...(Overload)
-Masa sangat singkat


***apapun TAHNIAH kawan2...akhirnya KITA BERJAYA...Nita,Asiah&Kama...

1 comment: