Wednesday, March 28, 2012

Student oh Student

Hari rabu bermulanya kelas...masuk mengajar 2 kelas..satu tingkatan 4 dan satu lagi tingkatan 3..Awal mula pengajaran di tingkatan 4 sya buat "Aku Janji" :-
1. Saya mesti diam semasa cikgu bercakap atau mengajar di hadapan...
- yang kelakarnya, sya tanya stdent sya ada apa-apa bantahan atau penambahbaikan??
-Seorang student angkat tangan dan ajukan soalan pd sya.. "cikgu, kalau cikgu becakap di belakang, boleh kami bising kan???"
- Dalam hti sya tertawa dan bertanya sendiri mcm mna stdent sya blh trfikir mcm tu..hmmm..jwpn nya snang jak sbb stdnt sya smua suka buat lawyer buruk...Ni kes banyak tgk crta dongeng yang mengarut la ni...bnyk tgk raja lawak mgkin..ada jak lawak2 yg drg buat..haihhh "Dunia Guru" sangat indah..buat muka marah tp dlm hti gelak2 dgn prangai stdnt ada2 jak huhhh...


Satu lagi kisah studnt yg sya ajar hri ni, yang ni form3 pulak...form tp perangai msh sma mcm bdk sklh rndh..huhhh...Sya jalankan aktiviti kumpulan dan cari maklumat mengenai jenis sekolah smasa zaman british..kemudian buat pembentangan... sya bekalkan setiap kumpulan dengan kertas warna dan maker pen...
smpai msa pembentangan 1kumpulan pelajar lelaki yang membentang d depan, mereka gelak-gelak membentang n senyum..siap tutup muka dgn kertas pembentangan yang mereka hasilkan...sya pun heran..sya tnya stdnt tu mngapa ketawa-ketawa msa bentang??smua stdnt ikt ktwa skali..last2 stdnt yg bentang tu kata dkt sya.."cigu tgk tu d belakang" bila sya toleh blkg tgk stdnt tu tunjuk, sya lht seorg stdnt dah berubah wajah...rupanya dia dah lukis muka dia guna maker pen yang sya bekalkan pd mrka..siap dia lukis jambang dan janggut d muka dia..Ya'Allah dah jd mcm lanun dah muka student sya tu..sya pn xdpt dpt nk kwal snyuman sya..sya tersnyum jg brsama dgn pljr2 yg lain...nasib baik sya xktwa berabis huhhh...
Student oh student..Ya'Allah besarnya cabaran utk jd seorang pendidik ni...tapi indahnya dunia seorang pendidik dengan bermacam ragam dan karenah pelajar-pelajar...Tuhan jak la yang tahu..kadangkala tak dapat digambarkan dengan kata-kata semua yang berlaku dalam dunia pendidik ini...
Namun, kadangkala timbul juga kerisauan dalam diri seorang pendidik terutama sekali dalam usaha untuk merubah sikap pelajar supaya lebih rajin dan cenderung untuk belajar segala ilmu yang disampaikan..kerna adakalanya student tidak sedar peri pentingnya pendidikan dalam kehidupan mereka... Disamping tu, kerisauan mula melanda diri seorang pendidik bila keinginan kita untuk melihat setiap pelajar memperolehi kecemerlangan dalam kehidupan mereka dan dalam akademik mereka..apatah lagi peajar-pelajar yg akan menduduki peperiksaan awam seperti PMR, SPM dan STPM...


Tiada seorang Guru pun yang ingin melihat pelajar-pelajarnya menghadapi kegagalan dalam dunia pendidikan...
Saya yakin dan pasti semua Guru ingin melihat kejayaan diperolehi oleh anak-anak didik mereka...keinginan yng tinggi ini menjadi penguat semangat sya utk berdepan dgn semua cabaran yang bakal sya tempuhi dlm dunia pendidikan.. Tempoh masa menjadi Guru Praktikal ini merupakan titik langkah sya utk mengenali dunia pendidik yang indah ini...Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya..Cita-cita dan hasratku utk menjadi seorang pendidik yg baik...Amin..

Saturday, March 24, 2012

Cobaan Pertama..

Dalam hidup ini penuh dgn cabaraan dan dugaan...selalu kata cobaan..tapi ini bukan cobaan tapi inilah hakikat sebenar kehidupan..Terlintas di hati berkata susahnya hidup di perantauan...susahnya utk mencapai kejayaan dan cita-cita..susahnya utk menempuhi segala cabaran dan dugaan yang telah disediakan sebelum bergelar seorang graduan sarjana muda PENDIDIKAN...banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihdapi..
Berapa kali kita merasa susahnya,berapa kali kita merasa sakitnya,berapa kali kita merasa tension, dan berapa kali kita merasa beratnya bebanan yang perlu kita pikul demi mencapai segala cita dan impian yang kita inginkan...namun semua ni pasti memberi kemanisan dalam hidup..apa yang perlu hanyalah keyakinan dan ketabahan dalam hati perlu ada..walaupun kekadang terasa tak tertanggung oleh kita..tapi sapa kita yang tahu segalanya??Allah la yang ebih mengetahui segala sesuatu yang kita tak tahu..walaupun kekadang kita terasa kita tak mampu dan tak kuat utk menghadapi segalanya..tap sebenarnya hanya Allah yang tahu sejauhmana kemampuan dan kekuatan kita..kerana Allah takkan membebani hamba-hambaNYA diluar kemampuan mereka...
Susah nya kehidupan di perantauan..susahnya utk menghabiskan segaa cabaran dan dugaan utk bergelar sarjana muda pendidikan..Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan utk hati ini...inilah permulaan kehidupan..
Tuhan la tempat mengadu kerna hanya DIA sahaja la yang memahami kehidupan ini..sedih dalam hati tak sapa yang tahu, tapi hanya DIA la Tuhan yang Maha Mengetahui segala isi hati hamba-hambaNYA... Allahuakbar Maha Besar..hanya engkau la sahaja tempat ku mengadu..berikan la kekuatan dalam hati ini, walaupun ku terpaksa mengahdapi semua cabaran dan dugaan yang akan mematangkan dan menjadikan ku manusia yang sepatutnya..
KESUSAHAN MENGAJAR KITA ERTI MENGHARGAI KESENANGAN...hadapilah semuanya dengan KEBAHAGIAAN

Friday, March 23, 2012

Mungkin Sudah Takdir-NYA...

Hari pertama di suatu pagi bila ku bukakan mata, aku melihat sekeliling bilik yang baru ku diami semalam..mata meliar di setiap sudut bilik, duduk ku dengan pandangan meluas..tiba-tiba terdetik suatu perasaan dalam hati iaitu perasaan yang menggambarkan suasana ketika itu adalah suasana yang pernah ku lalui sebelum ini..suasana yang bagaikan pernah ku alami sebelum ini...Walaupun pertama kalinya tidur di bilik tu..mungkin sudah memang tertulis utk ku tinggal di sini...Walaupun sejuk sekali tetapi tetap best dan seronok..
Happy dapat tinggal di KUNDASANG ni tempat yang cntik dan indah...buan tu saja malah kita dapat keluarga dan suadara baru di sini..sampaikan suatu masa tu, boleh dikatakan setiap malam kami BBQ dengan tuan rumah dan klrga angkt di sini...seronok jak walaupun kami hanya menyewa homestay di sini tapi tuan rumah layan kami bagaikan keluarga sendiri..Inilah hikmah yang Allah berikan utk ku bila takdir ku tertulis utk menjalankan latihan mengajar ku di SMK KUNDASANG, RANAU...
CABARAN...jgn ditanya soal cabaran...walaupun belum masuk kelas secara rasmi utk mengajar tapi sedikit sebanyak cbaran untuk mengajar dan mengubah sikap pelajar sangat-sangat besar cabaranya..inilah yang dapat ku rasakan bila aku masuk dan relief kelas...Tingkatan 3, yang nak ambil PMR masih xada kesedaran untuk belajar dan masih tak tahu arah tuju dan fokus mereka..datang sekolah utk suka-suka dan berseronok bjumpa dan bermain dgn rakan-rakan...bukan datang dengan niat semata-mata untuk belajar...Besar cabaran yang bakal di hadapi sedangkan PENGALAMAN utk menjadi pendidik ini masih tak cukup lagi...pengalaman ini baru ingin ku timba...Ilmu yang ada baru sahaja ingin ku aplikasikan...
Tapi doa ku semoga aku mampu dan berjaya utk mengubah segalanya kerna ku tahu inilah TAKDIR KU...