Tuesday, July 10, 2012

End Part of The Story

Pencarian selama 4tahun kini sampai ke kemuncaknya..kini hanya menanti hasil daripada pencarian selama berkampung dan bertapak di bumi tercinta Universiti Malaysia Sabah (UMS)..Pahit manis dirasai, perih jerih dilalui...berpanas berhujan dan berembun di bumi ini selama hampir 4tahun..pelbagai kisah suka duka dilalui.. 3 sahabat bersama mencari sebanyak mana kejayaan yang ada di atas bumi UMS ini..bersama ingin menggapai impian yang dicitakan...Kadangkala seorang terjatuh yang duanya bantu membngkitkan semula itulah fungsinya sahabat dalam perjuangan..
Kejayaan yang dicari bukannya datang bergolek..sesukar mana mencari intan permata begitulah sukarnya mencari ilmu yang bernilai di samping memori dan pengalaman yang terukir indah dan tersemadi dalam ingatan. Kadangkala kesusahan menguji dalam perjuangan...budak universiti di luar nampak ceria cantik dan segak bergaya tapi bila sampai di hostel kehidupan berubah. Jangan di sangka pegi kuliah cantik bergaya dan smart dengan segaknya tak makan maggie, tak kira apa produk asal fungsinya sama seperti maggie pasti dipanggil maggie juga heee...kadangkala pelbagai cara masakan maggie diolahkan...Sesedap mana?? hanya budak "U" yang mampu memnjawabnya...tapi itulah pengalaman..kehidupan sebenar dalam "U" hanya dilihat jelas dalam hostel..tapi semasa kelas atau kuliah juga salah satu peranan watak dalam kehidupan budak "U" yang dilakonkan..
Siang menjadi malam, malam menjadi siang..itu jugala budaya hidup budak-budak "U"..kalau yang tak pernah merasa tu mungkin sedikit tak boleh dipercayai kecuali "assigment berbayar"hee...Program-program merapatkan hubungan dan mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan seperjuangan...
Kegilaan menjadi-jadi bila praktikal bermula...apatah lagi bila bersama rakan yang tahap kegila-gilaan tu sama..masuk sekepala, boleh join the group hee...mcm sya dan rakan 1kos dihantar untuk menjalani latihan mengajr di Smk Kundasang macam-macam kegilaan yang kami buat..Round kebun untie-untie mbil jambu untie, ambil sayur yang untie tanam di bellakang rumah sewa kami...heee..tapi kawan sya palingla siap p panjat pokok jambu untie hee...Bakar sampah buat pencemaran terbuka huhuhu...ada sekali tu mancis kayu ada 1batang je..huhhh..berharap akan berjaya membuat pembakaran dengan hanya 1batang mancis yang tinggal tapi sayang kawan la tak mahir huhhh..tak dapat bakar sampah..jadi dengan tidak malunya kami p pinjam mancis untie hehehe...
Banyak cerita di sebalik kehidupan..Dalam usaha mencapai cita-cita yang diimpikan takkan pernah bertemu jalan yang mudah untuk menemuinya kecuali dengan usaha yang berterusan..Namun di akhirnya nanti kita akan temui Kemanisan...InsyaAllah dengan izin-Nya...
__________CITA-CITA DAN IMPIAN______