Sunday, December 25, 2011

Kisah Seorang AYAH....

Cerita bermula dengan kisah seorang ayah di sebuah perkampungan...
Beliau hidup bersama isteri dan anak-anaknya dengan bergantung harap pada dua bidang tanah, yang ditanami dengan kelapa sawit...Hasil daripada kebun sawit tersebut cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga...
Beliau jenis yang tak senang duduk diam...berehat di rumah hanya seketika cuma..tanah lapang di belakang rumah dikerjakan dengan sebaik mungkin dengan tanaman buah-buahan..kata beliau "suatu masa nanti tak perlulah anak2 membeli buah-buahan di pasar, dekat belakang rumah dah ada, sampai cucu-cucu dapat merasa".. tak la mereka terliur melihat buah-buahan orang lain....
Tak cukup dengan berkebun, sekali-sekala beliau menghabiskan masa ke laut dan menjadi nelayan sementara, bukan untuk dijual tapi cukup untuk memenuhi hobi dan minatnya serta memberikan kemewahan kepada anak-anak untuk makan ikan yang besar-besar,udang dan ketam yang banyak tanpa perlu membelinya di pasar...
Beliau sangat mementingkan keperluan anak-anak walaupun mengetahui dia tidak mampu memberikan apa-apa kekayaan mahupun kemewahan harta seprti ayah-ayah lain...hanya satu yang mampu ditinggalkan sebagai harta pusaka yang bernilai kepada anak-anak walaupun dia telah pergi untuk selamanya... Beliau selalu memberitahu anak-anaknya bahawa dia tiada harta untuk ditinggalkan, apa yang ayah mampu berikan adalah pendidikan dan pelajaran kepada kamu...Ayah sekolahkan kamu dengan kesungguhan walaupun terkadang kehabisan wang untuk memperlengkapkan keperluan kamu ke sekolah...tapi demi pelajaran kamu, "Jika kepala Ayah ini bernilai untuk Ayah gadaikan, Ayah sanggup gadaikan demi menghantar kamu ke sekolah"...
bayangkan betapa seorang ayah berusaha untuk menyediakan anak-anaknya pendidikan dan demi memastikan anak-anaknya berjaya apabila dia meninggalkan mereka...
Tak cukup berkebun di belakang rumah beliau pegi ke laut, tak cukup pergi ke laut beliau membawa motorsikalnya ke luar kampung pergi ke jalan-jalan bandar..sepanjang jalan beliau memungut tin-tin di tepi jalan..Walaupun sepatutnya beliau tak perlu melakukannya tetapi demi keinginannya untuk tidak membuang masa lapang...dan katanya "saya seronok melakukan itu, kerna sya dapat melihat pemandangan2 ciptaan Allah ini...selain dapat menenangkan fikiran...setiap petang beliau menghabiskan masa dengan berjalan2 sambil memungut tin...Isterinya selalu memarahinya kerana melakukan kerja seperti itu..setiap kali beliau pulang isteri mesti membebel padanya...Suatu hari Isterinya bertanya, "abg tak malukah pungut tin tu?"..beliau membalas mudah sambil tersenyum "ehe..apa pulak, klu mencuri tadi barulah malu,aku pungut jak bukan curi tin org ehe"....Isterinya diam seketika kemudian berkata lagi "abg tu bukan ada lesen pun, nanti jumpa polis nah bru abg tau kena saman".. Beliau tersenyum lagi, buat muka cool...kata beliau takpa...
Pada suatu petang beliau keluar lagi, seperti kebiasaannya nak cari tin la...tapi ni kali tak seperti nasib2 sebelumnya..tetiba jak terjumpa dengan peronda di jalan raya...Beliau buat muka cool lagi, dlm hati sapa tahu??Tuhan jak tau gelabah beliau...seorang pegawai bertanya, mana IC pacik? Beliau jawab selamba saya tak bawa...pegawai tersebut hanya terdiam...ermmm...Lesen pacik?...beliau jawab selamba lagi takda...
Pegawai tu membalas, pacik keluar tak bawa apa-apa???
Beliau tersenyum dan berkata "ehe..Encik saya ni pemungut tin jak manala saya bawa semua tu"..pegawai tersebut nak marah, pacik tau kh ni melanggar undang-undang jalan raya??.. Beliau mengakui kesalahannya "saya tau encik"...
Pegawai: Jadi pacik ni kerja pungut tin jak?...
beliau menjawab "eya encik."
Pegawai: Tapi kenapa baju pacik ni baju Universiti Malaya lagi??tu topi pacik tu siap Universiti Malaysia Sabah lagi?
Beliau dengan bangga dan tersenyum selamba berkata "ini baju anak saya, ini topi anak saya, anak saya belajar d sana"ehe..Ibubapa mana yang tak berbangga dengan anaknya???....
Pegawai tersebut tak puas hati tanya lagi..."pacik ni kerja pungut tin jak tapi masih boleh menghantar anak2 ke universiti??...Beliau dengan selamba menjawab PTPTN kn ada ehe....tanpa pegawai tu tau pacik tu bukan la pungut tin jak pun beliau ada kebun sawit yang selama ni sangat membantu dalam menanggung kehidupan mereka...
Pegawai kuat mana pun dengan kuasa yang dia ada tetap kalah dengan hatinya yang punyai belas kasihan...pegawai tu kata, tak apala pacik kali ni saya lepaskan pacik,len kali kalau pacik keluar pungut tin lagi bawa IC n Lesen arrr....nanti pacik kena angkut p balai pulak.... Beliau tersenyum dengan berkata terima kasih encik len kali saya bawa...dlam hati berkata saya memang tak ada lesen...Tuhan selamatkan saya katanya dalam hati sambil tersenyum..
Balik rumah beliau ceritakan segala-galanya pada isteri dan anak-anak...Isteri marah lagi dan suru beliau berhenti dari memungut tin..Abang tak malu kh org cakap abang pemungut tin??..ayat seperti biasa keluar dari mulut isterinya...
Beliau balas mudah, "tak apala orang cakap dia ni pemungut tin jak tapi dapat kasi sekolah anak tinggi-tinggi, kau tak bangga kh?....isteri diam jak,sebab tau suaminya takkan dengar nasihat punyala..tak dengar nasihat satu hal tambah lagi dengan ada saja jawapan yang akan diberikan oleh suaminya....
Sekarang anak beliau telah bergraduasi lepasan Universiti Malaya, seorang lagi anak beliau dalam tahun terakhir pengajian ISMP, UMS, seorang lagi anak beliau masih dalam tahun kedua di Politeknik diploma kejuruteraan elektrik, dan seorang lagi baru tahun pertama di Universiti Malaysia Sabah...Walaupun tak dapat melihat dan merasa kejayaan anak-anak dalam kehidupannya di dunia, namun seperti yang dikatakan oleh beliau hanya itu harta pusaka yang mampu beliau tinggalkan bila ketiadaannya nanti...
Kini hasrat dan Cita-cita beliau masih diteruskan oleh anak-anak... SEMOGA AYAH TENANG BERSEMADI DI SANA...dan  BERADA DALAM LINDUNGAN ILLAHI...
Tuhan plezz give him a good place there...Tuhan tolong berikannya tempat yang terbaik di sisi-Mu dan tolong masukkan dia dalam golongan orang-orang yang engkau redhai dan engkau sayangi....Amin...
-AL-FATIHAH, SEMOGA ROH AYAH DICUCURI RAHMAT- AMIN....

Monday, December 5, 2011

Dunia Alam Maya Bersinar kembali

Gembira di hati takkan dapat tergambarkan dengan kata-kata
tak ada sapa yang akan mengerti dan xada sapa yang akan rasakanya
kcuali sahabat alam maya dan dia...
Kesilapan dalam kenangan lalu cukup mengajar ku erti kehilangan..
Setahun masa berlalu dengan dunia alam maya yang kesepian
 tnpa diketahui oleh seorang pun..
Wajahnya nampak tersenyum namun hatinya menangung
seribu penyesalan yang tak tertanggung..
Setiap hri termenung sejenak bila terkenang..
memikirkan cara tuk mencari sahabat yang dah hilang...
Namun sapa sangka n sapa duga sahabat yang dulu hilang kini kembali
Walaupun hanya mampu memberanikan diri
tapi tak pernah melupakan kesilapan lalu wlpun sekali...
Takkah Hati gembira Sekali...
Alhamdulillah Tuhan perlembutkan hati dia sekali lagi..
Kini dunia sahabat alam maya bersinar kembali
bila kepulangan Israwi yang lama dinanti...