Sunday, December 25, 2011

Kisah Seorang AYAH....

Cerita bermula dengan kisah seorang ayah di sebuah perkampungan...
Beliau hidup bersama isteri dan anak-anaknya dengan bergantung harap pada dua bidang tanah, yang ditanami dengan kelapa sawit...Hasil daripada kebun sawit tersebut cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga...
Beliau jenis yang tak senang duduk diam...berehat di rumah hanya seketika cuma..tanah lapang di belakang rumah dikerjakan dengan sebaik mungkin dengan tanaman buah-buahan..kata beliau "suatu masa nanti tak perlulah anak2 membeli buah-buahan di pasar, dekat belakang rumah dah ada, sampai cucu-cucu dapat merasa".. tak la mereka terliur melihat buah-buahan orang lain....
Tak cukup dengan berkebun, sekali-sekala beliau menghabiskan masa ke laut dan menjadi nelayan sementara, bukan untuk dijual tapi cukup untuk memenuhi hobi dan minatnya serta memberikan kemewahan kepada anak-anak untuk makan ikan yang besar-besar,udang dan ketam yang banyak tanpa perlu membelinya di pasar...
Beliau sangat mementingkan keperluan anak-anak walaupun mengetahui dia tidak mampu memberikan apa-apa kekayaan mahupun kemewahan harta seprti ayah-ayah lain...hanya satu yang mampu ditinggalkan sebagai harta pusaka yang bernilai kepada anak-anak walaupun dia telah pergi untuk selamanya... Beliau selalu memberitahu anak-anaknya bahawa dia tiada harta untuk ditinggalkan, apa yang ayah mampu berikan adalah pendidikan dan pelajaran kepada kamu...Ayah sekolahkan kamu dengan kesungguhan walaupun terkadang kehabisan wang untuk memperlengkapkan keperluan kamu ke sekolah...tapi demi pelajaran kamu, "Jika kepala Ayah ini bernilai untuk Ayah gadaikan, Ayah sanggup gadaikan demi menghantar kamu ke sekolah"...
bayangkan betapa seorang ayah berusaha untuk menyediakan anak-anaknya pendidikan dan demi memastikan anak-anaknya berjaya apabila dia meninggalkan mereka...
Tak cukup berkebun di belakang rumah beliau pegi ke laut, tak cukup pergi ke laut beliau membawa motorsikalnya ke luar kampung pergi ke jalan-jalan bandar..sepanjang jalan beliau memungut tin-tin di tepi jalan..Walaupun sepatutnya beliau tak perlu melakukannya tetapi demi keinginannya untuk tidak membuang masa lapang...dan katanya "saya seronok melakukan itu, kerna sya dapat melihat pemandangan2 ciptaan Allah ini...selain dapat menenangkan fikiran...setiap petang beliau menghabiskan masa dengan berjalan2 sambil memungut tin...Isterinya selalu memarahinya kerana melakukan kerja seperti itu..setiap kali beliau pulang isteri mesti membebel padanya...Suatu hari Isterinya bertanya, "abg tak malukah pungut tin tu?"..beliau membalas mudah sambil tersenyum "ehe..apa pulak, klu mencuri tadi barulah malu,aku pungut jak bukan curi tin org ehe"....Isterinya diam seketika kemudian berkata lagi "abg tu bukan ada lesen pun, nanti jumpa polis nah bru abg tau kena saman".. Beliau tersenyum lagi, buat muka cool...kata beliau takpa...
Pada suatu petang beliau keluar lagi, seperti kebiasaannya nak cari tin la...tapi ni kali tak seperti nasib2 sebelumnya..tetiba jak terjumpa dengan peronda di jalan raya...Beliau buat muka cool lagi, dlm hati sapa tahu??Tuhan jak tau gelabah beliau...seorang pegawai bertanya, mana IC pacik? Beliau jawab selamba saya tak bawa...pegawai tersebut hanya terdiam...ermmm...Lesen pacik?...beliau jawab selamba lagi takda...
Pegawai tu membalas, pacik keluar tak bawa apa-apa???
Beliau tersenyum dan berkata "ehe..Encik saya ni pemungut tin jak manala saya bawa semua tu"..pegawai tersebut nak marah, pacik tau kh ni melanggar undang-undang jalan raya??.. Beliau mengakui kesalahannya "saya tau encik"...
Pegawai: Jadi pacik ni kerja pungut tin jak?...
beliau menjawab "eya encik."
Pegawai: Tapi kenapa baju pacik ni baju Universiti Malaya lagi??tu topi pacik tu siap Universiti Malaysia Sabah lagi?
Beliau dengan bangga dan tersenyum selamba berkata "ini baju anak saya, ini topi anak saya, anak saya belajar d sana"ehe..Ibubapa mana yang tak berbangga dengan anaknya???....
Pegawai tersebut tak puas hati tanya lagi..."pacik ni kerja pungut tin jak tapi masih boleh menghantar anak2 ke universiti??...Beliau dengan selamba menjawab PTPTN kn ada ehe....tanpa pegawai tu tau pacik tu bukan la pungut tin jak pun beliau ada kebun sawit yang selama ni sangat membantu dalam menanggung kehidupan mereka...
Pegawai kuat mana pun dengan kuasa yang dia ada tetap kalah dengan hatinya yang punyai belas kasihan...pegawai tu kata, tak apala pacik kali ni saya lepaskan pacik,len kali kalau pacik keluar pungut tin lagi bawa IC n Lesen arrr....nanti pacik kena angkut p balai pulak.... Beliau tersenyum dengan berkata terima kasih encik len kali saya bawa...dlam hati berkata saya memang tak ada lesen...Tuhan selamatkan saya katanya dalam hati sambil tersenyum..
Balik rumah beliau ceritakan segala-galanya pada isteri dan anak-anak...Isteri marah lagi dan suru beliau berhenti dari memungut tin..Abang tak malu kh org cakap abang pemungut tin??..ayat seperti biasa keluar dari mulut isterinya...
Beliau balas mudah, "tak apala orang cakap dia ni pemungut tin jak tapi dapat kasi sekolah anak tinggi-tinggi, kau tak bangga kh?....isteri diam jak,sebab tau suaminya takkan dengar nasihat punyala..tak dengar nasihat satu hal tambah lagi dengan ada saja jawapan yang akan diberikan oleh suaminya....
Sekarang anak beliau telah bergraduasi lepasan Universiti Malaya, seorang lagi anak beliau dalam tahun terakhir pengajian ISMP, UMS, seorang lagi anak beliau masih dalam tahun kedua di Politeknik diploma kejuruteraan elektrik, dan seorang lagi baru tahun pertama di Universiti Malaysia Sabah...Walaupun tak dapat melihat dan merasa kejayaan anak-anak dalam kehidupannya di dunia, namun seperti yang dikatakan oleh beliau hanya itu harta pusaka yang mampu beliau tinggalkan bila ketiadaannya nanti...
Kini hasrat dan Cita-cita beliau masih diteruskan oleh anak-anak... SEMOGA AYAH TENANG BERSEMADI DI SANA...dan  BERADA DALAM LINDUNGAN ILLAHI...
Tuhan plezz give him a good place there...Tuhan tolong berikannya tempat yang terbaik di sisi-Mu dan tolong masukkan dia dalam golongan orang-orang yang engkau redhai dan engkau sayangi....Amin...
-AL-FATIHAH, SEMOGA ROH AYAH DICUCURI RAHMAT- AMIN....

Monday, December 5, 2011

Dunia Alam Maya Bersinar kembali

Gembira di hati takkan dapat tergambarkan dengan kata-kata
tak ada sapa yang akan mengerti dan xada sapa yang akan rasakanya
kcuali sahabat alam maya dan dia...
Kesilapan dalam kenangan lalu cukup mengajar ku erti kehilangan..
Setahun masa berlalu dengan dunia alam maya yang kesepian
 tnpa diketahui oleh seorang pun..
Wajahnya nampak tersenyum namun hatinya menangung
seribu penyesalan yang tak tertanggung..
Setiap hri termenung sejenak bila terkenang..
memikirkan cara tuk mencari sahabat yang dah hilang...
Namun sapa sangka n sapa duga sahabat yang dulu hilang kini kembali
Walaupun hanya mampu memberanikan diri
tapi tak pernah melupakan kesilapan lalu wlpun sekali...
Takkah Hati gembira Sekali...
Alhamdulillah Tuhan perlembutkan hati dia sekali lagi..
Kini dunia sahabat alam maya bersinar kembali
bila kepulangan Israwi yang lama dinanti...

Tuesday, November 29, 2011

DI MANA PUNCAK MENARA GADING...

Teringat masa awal mula masuk universiti, macam-macam perasaan yang dirasai...Tapi ada 1 persoalan yang bermain diminda dan sehari pun xpernah ku temui jawapannya...
Dulu cikgu selalu kata belajar biar sampai ke Puncak Menara Gading, biar sampai University..selalu dgr org kata "PUNCAK MENARA GADING" dan menjadi impian semua pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading...
TAPI...Bila aku sampai dan masuk ke UNIVERSITY aku mula bertanya dengan diri aku sendiri, DI MANA PUNCAK MENARA dan DI MANA GADING nya???setiap pelusuk aku perhatikan..setiap semester aku fikirkan dan setiap tahun aku mencari DI MANA PUNCAK MENARA dan DI MANA GADING nya...namun xpernah ku temui dan xpernah ku ketahui atau sedari jawapan pada persoalan ku...
Berfikir dan terus berfikir...Mencari dan terus mencari...
Kini aku berada di Tahun Terakhir pengajian ku..dan Kini aku mulai sedari bagi setiap persoalan ku dulu...
RUPANYA Setiap semester merupakan setiap detik Pendakian ku ke Puncak Menara Gading..
Perjalanan hidup ku dalam dunia kampus rupanya adalah jalan-jalan denai pendakian ku menuju ke puncak...
Tugasku, Assigmentku dan exam ku setiap semester rupanya adalah peta dan petunjuk untukku sampai ke destinasi ku...
Setiap pencapaian ku di Akhir Semester rupanya adalah Check  Point, chek point yg kena ku lalui.
PNGK yang ku perolehi rupanya adalah penentu Jarak Ketinggian yang telah ku daki...
Bila Habis semuanya ku lalui barulah ku temui PUNCAK nya dan barula ku berada di MENARA nya..kemudian barulah kutemui GADING yang selama ini ku cari...dan baru la terjawab semua persoalan yang ku ingin ketahui..
Namun semakin akhir dan semakin menuju ke puncaknya semakin sukar jalan yang ku lalui dan semakin mencabar pula untuk sampai ke PUNCAK MENARANYA....apatah lagi untuk mengambil GADING nya...

Monday, October 31, 2011

Cikgu 30minit..

Walaupun hanya 30minit tapi pengalaman bermakna sangat berharga dalam memberi tunjuk ajar kepada kami iaitu kawan2 yang sama-sama mengajar hari ni di sekolah ST Advantist Tamparuli...
Kawan baik Noranita dan Norasiah banyak membantu dlam melaksanakan hasil yang kami ingin...
Alhamdulillah akhirnya kejayaan beroleh dgn usaha kami..Namun dalam hati masih tak puas kerna masih banyak yang kami perlu cari dan belajar utk menjadi seoarang guru sepenuh masa bkn sekadar guru 30minit.


Kami melihat pelbagai tahap murid dan pelbagai karenah pelajar...
ada yang aktif, ada yang shy2, ada yang spt mrsakan diri mereka hebat, rasa gahhh, sombong, ada yang sporting, bersemangat utk belajar, dan macam2 lagi...apa yang mampu dikatakan TUGAS seorang yang bergelar GURU bukanlah mudah seperti mana yang masyarakat anggapkan..bukan mudah utk membentuk para pelajar dan bukan mudah utk memberi pelajaran yang bermakna kepada para pelajar...walaupun hanya 30minit peluang yang diberikan utk merasai tugas sebenar seorang guru...30 minit dah rasa besarnya tanggungjawab seorang guru, apatah lgi kalau 30 tahun...


Sebelum memulakan kelas terasa debaranya tapi bila dah memulakan kelas seperti tak terasa masa yang bergerak pantas, 30minit bagaikan beberapa saat..banyak yang ingin disampaikan tapi apakan daya masa bagaikan arus deras yang mengalir..


Kecekapan guru, keaktifan guru, suara guru, arahan guru, kebolehan serta kekreatifan guru sangat penting dalam membawa para pelajar mencapai tujuan P&P...


tapi dalam situasi 30minit pengajaran secara berkumpulan, peranan dan bantuan rakan kumpulan sangat berguna sekali..Terima kasih kawan2 (NITA&ASIAH)...


Kelemahan dan Kekurangan:
- Penggunaan Bahasa rasanya perlu diperbaiki (kau)huhu..
- ICT memang xboleh nak kata la ada jak masalah bila menggunakannya...tapi kerna terlalu mengejar masa mouse dekat laptop langsung tak nampak dan xdigunakan huhu..alangkah baiknya jika ia digunakan...


Kelebihan..
-control ayu jauh sekali hee...
-suara jelas pelajar tersentak (Norasiah Kallam, belum jadi cikgu dah dapat gelaran DATIN)hee.....
-berjaya capai hasil pmbljrn walaupun tidak sepenuhnya..


Masalah yang tak dapat elak..
-pelajar dah penat belajar sejarah kerana dari pagi sehingga tengahari belajar sejarah sahaja...(Overload)
-Masa sangat singkat


***apapun TAHNIAH kawan2...akhirnya KITA BERJAYA...Nita,Asiah&Kama...

Tuesday, October 25, 2011

Pesanan Terakhir...

Andai kata ini pesan terakhirku..Mohon ampun dan Maaf kpd smua yang telah terluka atau terkasar bahasa selama berdampingan dengan ku, selama umur usia ku..
Andaikan mampu ku undur masa xkan ku ulangi kesalahan dan kesilapan yang ku lakukan dlm hdp ni
Namun apakan daya, aku juga manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan..
Yang ku mampu hanyalah memohon maaf kepada semua..
Kepada Family relakan perpisahan ini dan kenang la daku dlm stiap doa kalian..
smga kta smua kan brsatu d sana...
Sahabat2 halal kan sgla mkn dan mnum kita bersama serta ilmu yg kita kongsikan...
Kenangan kita bersama jgn dlupakan...bermesra, bergaduh, berbicara, bercerita, bergembira, asgmnt bsama, xtdr bsma..karaoke, mnari dan mnyanyi...Abdikan selamanya dlm kngan dan lipatan masa...
Smoga kita tetap bersahabat dunia dan akhirat..

Monday, October 17, 2011

Cinta Hakiki

☆彡SECEBIS TUTUR BICARAKU ☆彡

♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥
Wahai Muslimah,
Di saat kau bersedih,
Angin datang menyapa bahu,
Menangisi kepergian dirinya yang tercinta,
Aku datang! untuk menasihati dirimu!,
"Ukhti..La Tahzan..Innallah ha ma'ana..,"
Si dia hanya pinjaman..Tetapi Allahlah yang hakiki...
Dengarlah nasihatku melalui angin sepoi-sepoi bahasa,
Lantaran aku bangun tahajjud!Dengarlah nasihatku dipertengahan malam!!
Uhhibu Ukti!!
♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥
ALLAH..

Terimakah Tidak ni...

Aku kata terima,tp knapa msh nak fikir???
Terimakah tidak,tapi knapa msh trasa dlm hati??
bagaikan xmampu terima knyataan itu...
Aku kata aku terima,tp knapa msh spt tidak dapat menerima kehilangan itu...
Maaf ku mohon,ssungguhnya ku tau aku xsesempurna wanita yang kau pilh..aku tau aku tak sebaik seperti mna yang kau impikan..
anda dan dia dah xada apa2 jd knapa nak trus jd mcm ni???takkan nak trus hdp d bwh bayang2 dia???

Sunday, October 16, 2011

cinta dlm diam


Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....
Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
Biarkan 'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)
" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "  (QS. Ar-Ruum:21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "
" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)
Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga...
Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...
Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?
"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)

Biodata Penulis

Mohd Rusdi Ramlee merupakan graduan UiTM Alor Gajah, Melaka. Kini bertugas di Kastam Diraja Malaysia. Beliau menulis di http://adminskss.blogspot.com/.

Yahudi


Penulis : Noor Muzammil Mohamad (milliodosis@yahoo.com)
Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.
Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.
Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)
Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.
Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.
Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.
Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)
Protocol No. 22: The Power of Gold
In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.
Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semulaSolomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.
Protocol No. 24: King of the Jews
The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.
Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Templedan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.

Saturday, October 15, 2011

Kekasih ku Kini Bergelar seorang "GURU"

Dulu first kenal smua pn best ni..Facebook merapatkan lagi hubungan,pantang ada dlm list on chat,confirm mst trus chat..Apa-apapn sanggup, apa sja yg ku pinta pasti kan dtunaikansehingga rasa terharu sangat, dan tak sangka ada org yang begitu caring terhadap diri ini..Bagaikan tak dapat terbalas oleh ku apa yang dilakukannya..kesungguhannya tuk menawan hatiku sungguh xmampu ku nafikan..terharu rasanya hati ini melihat kesungguhan itu dan aku terpikat pada kesungguhan itu.
Bawa jln ke mana pun dia snggup, wlaupun pnt dan baru blik dari krja...sampaikan ku pernah bertanya padanya
"tak penatkah, baru blik krja snggup lg dtg jumpa ni?".. jwpn nya mudah sja dan sngat mengharukan hati, katanya "Entahlah sya pun tak tahu mengapa, kalau awk yang minta atau suruh apapun, sya mesti sanggup".. snang nya hati mendgr jwpn itu..Masa tu terasa bagaikan tiada org lain lg yg lbh baik slain dri dirinya, dan tiada org lain lg yang snggup lakukan apa saja untuk diri ini, mmg dia la org nya...dia org yg sgt menghargai diri ini..
Masa bercinta ke mana pun mesti bersama, tak kiralah jauh tau pun dekat, jln kaki taupun naik bas...hmmm...biasala bila bersama apapun takkan terasakan,tak kira la penat taupun tidak..
Tiba masnya utk dia konvo, akulah org yg paling sibuk skli, aku gak la org yg temaninya. Apapn akn aku lakukan untuk sama2 menggembirakannya, agar saat itu menjadi hari yang paling bermakna  dan bersejarah untuk diingati selamanya olehnya. Aku pastikan semuanya tersedia untuknya dan hri itu.. Aku berharap semuanya sempurna. Pada hari konvokesyen, bagaikan aku yg nak konvo. Aku yg sibuk siapkn diri, bangun awal,gerak awal supaya tak terlambat sampai ke majlis tu...Aku melihat dia, dia sgt segak dan bergaya masa tu... wajah berseri-seri dan terpancar keriangan dari raut wajahnya..senyuman dan perasaannya pada waktu itu xmungkin dapat ku lupakan..Di setiap sudut aku pastikan terabadi gambarnya dlm kenangan walaupun tidak sehebat manapun kamera yng ku punya.
Bertemu keluarganya di hari itu membuatkan hati ku terasa sangat2 nervours ketika itu..Hati tak tenang, rasa malu segan mmg xdpt nak ku elakkan. Namun ku kawal dgn bijak dan menyembunyikannya jauh di sudut hatiku..buat2 seperti org yg cool la konon2 nya heee...
Kemudian hari itu berlalu..Kini menunggu untuk di postingkan slps test n temuduga...Saat mendapat berita yg mengecewakan, saat dia menyatakan dia tak berjaya untuk ditempatkan di sekolah, aku turut bersedih, berduka dan kecewa spt dapat merasakan apa yg dirasakannya. Namun aku memberinya semangat kerana bg ku harapan itu masih ada..tak berjaya skrg tak bermakna takkan berjaya untuk selama-lamanya.. Walaupun aku tau dia bersedih dan kecewa dgn keputusan itu tapi aku harap harapan dan semangat yang aku berikan padanya sedikit sebanyak mampu mengubati kesedihan dan kekecewaannya krna ku tahu aku harus memberi dorongan dan semagat kepadanya untuk merawat perasaan sedih dan kecewa itu..
Dia bangun dengan semangat yang tinggi menunggu untuk ujian dan temuduga untuk kali yang kedua bg mencapai cita-citanya sbg seorang guru. Saat penantian itu,akula pembakar semangat kpdnya.. Hari demi hari berlalu tp hubungan kami bkn bertambah baik ttapi berlaku yg sbaliknya, hbngn kmi semakin renggang...aku pun tak tahu dmana silapnya.Tiba-tiba saja dia berubah, bila mesej hanya 1,2 pkataan saja blsnnya..Bila mesej lg,tak mndapat blsan lgsung..Aku cuba minta sdikit perhatian kpdanya dgn mncrtakan pa yang brlaku ke atas diriku tp lgsg tak mndpt prhtian dr nya...terasa sedih sangat..kadang2 aku binggung sendiri,aku mula berfikir apakah slh ku pd nya...apa yg tlh ku lakukan shngga dia tdk mempedulikn ku..akhirnya aku buntuh dan tak temui jwpn drpd persoalan ku itu...Wlpun bgtu aku sntiasa berharap dan tak sabar2 untuk terima berita baik dr nya tak sbr nak dgr dia bergelar seorang guru.Excited pun ada dan terasa spt aku pulak yg nk posting ..hmmm..tp dlm masa yg sama terfikir juga, sedangkan blm jd ckgu dia dah tak peduli ttg aku,msj aku pn ssh, call xyah nak kata la..bila dah jd guru nnti ntahla mcm mna pulak..huhh..
Kini dia bergelar seorang guru..aku org yang turut happy sekali bila dpt tahu brta tu..Ucapan Tahniah bagaikan tak ingin terhenti dari dlm hati ini..Namun yg sedihnya, dia langsung tak memberitahu ku brta baik itu,smua tu ku ketahui melalui facebook je..tu pn mlalui status FB dia huhhh..kcwa dan gmbira bercampur aduk d dlm hati ini.. Sblm ni bnyak kali ku mesej dia tp lgsung tak berbalas wlpun satu mesej..kemudian aku call banyak kali tuk brtanya khbar tapi tak pernah langsung berjawab...aku tak tahu berapa miscall yang telah ku buat..
Satu hari terlihat komen2 d FB dan terlihat status dia In Relationship with another people...betapa luluh dan hancurnya hati ini...tak pernah terucap kata putus pn dalam perhubungan kami tapi tempat ku dalam hatinya telah digantikan dgn org lain...
Mungkin Aku Bukan yang Terbaik Untuknya,,aku pasrah dan Redhah dgn segalanya, dan aku doakan kebahagiaan nya,smga dia sentiasa berada dlm kebahagian...
"Orang paling Baik yang pernah ku jumpa adalah Orang yang Paling Kejam terhadap Hati dan Jiwa ini"
namun semuanya telah terpahat dlm memory kenangan ku,semua ni tak mungkin dapat ku lupakan..Jika dia dapat membaca semua coretan ini,aku harap dia takkan ulangi lagi semua ni pada orang lain kerna dia terlalu baik untuk menjadi org yg sangat kejam terhadap hati dan jiwa org lain...

Thursday, October 6, 2011

Keliru...

Kadang-kadang aku keliru dgn hidup ku ini...kadang aku xtau apa yg patut aku buat dalam hidup ini..
Entahlah sepertinya aku hilang arah mencari tujuanku dalam hidup ini..
Kadang xtau knapa terlalu emosi sangat...hmmmm...entahlah
Dalam perhubungan aku tak tahu mcm mna yang dikatakan ambil berat..kekadanga aku terasa tiada sapa yang ambil berat psl aku...atau kh aku saja yang rasa begitu??adakah aku terlalu mementingkan diri d dalam perhubungan??aku pn xtahu..apa yang aku tahu sepertinya org xmenghargai ku dan sntiasa saja membiarkan perasaan ku...
Pelik tapi itula aku...Aku dan hidup ku yang aku sendiri pn keliru...

Tuesday, October 4, 2011

Dapat tahu tempat LM

Langkah pertama yang perlu ku buat
contact semula kwn yg satu fmly angkat dgn aku dulu..huhu sbb mau cari semula mak angkat sya.
mau cari mak angkat sya yg ada d kundasang sbb sya dapat dsana.
Langkah dua
nak contact2 mak angkat sya d sana..then nak cari kwn2 yg swaktu dgn ku yg sma tmpt dgn ku heee..so xla bsndrian
Langkah tiga
mau servey tempat dlu..tgk la bila ada msa yg free..
Langkah empat
langkah yang pling penting, persiapkan diri,otak,kemahiran serta kebolehan mengajar...huhhhh
mampukh aku menghadapi semua ini...aku sendiri xtahu tahap kemampuan dan kebolehan ku.
Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar...Amin..

Debaran Latihan Mengajar

Hari ni senarai tempat LM dah keluar wahhhhh...excitednya..rasa tak sabar tapi debaran tetap terasa..sangat2 excited dan teruja.tapi masih memikirkan mcm mna la nasib d sana nanti huhuhu...apa yang akn berlaku,apa yang akn trjadi,susah tau tidak hidup d sana nanti,seronok tau tidak..tanggungjawab mengajar mcm mna??huhuhhhh bnyk nya persoalan yang bermain di fikiran...huhhhh....
Tapi terasa tak sabar nak mencurahkan bakti serta mempraktik kan apa yang telah dipelajari selama 3tahun lebih di fakulti ni..
debaran demi debaran semakin terasa..persoalan kehidupan di alam sekolah dengan status yang berlainan daripada seorng pelajar menjadi seorang guru sememangnya sangat mengujakan..namun tetap terselit perasaan takut dalam hati huhhh...
Ya Tuhan berikan kekuatan kepada hamba mu ini dan berikan ketenangan kepada ku untuk aku menghadapi kehidupan itu dengan baik dan sempurna...Berkati hamba mu ini Ya'Allah...amin...

Friday, September 16, 2011

Kampus Life

Jalani semula kehidupan sebagai Mahasiswi setelah sekian lama bercuti...
Ku harapkan sesuatu yang lebih baik dan cemerlang di semester yang baru ini...
mungkin cabaran dan dugaanya tak sama seperti semester lalu namun akan tetap ku usaha mengharunginya berebekalkan Doa dan Semangat seorang Mahasiswi...

Friday, August 12, 2011

Cobaan...Dugaan...huhhh

Bulan Ramadhan bulan keberkatan...bulan mencari rezki dan menambah satu dua pendapatan di samping membuat amal jariah dgn bersedekah...Tapi dalam kita cuba berusaha untuk mencari rezki mst ada jak dugaan n ujian nya...Sabar jak yg perlu huhu...ada jak masalah dlm ku cuba memulakan perniagaan ku...billa d uji terasa nak putus asa pn ada tapi itu semua xperlu rasanya kerna kau kena  sabar dan kuat menghadapi cubaan...untuk berjaya perlu ada Kekuatan dan Ketabahan dalam mengharungi dunia perniagaan, iaitu bidang yang first time ku ceburi...

Tuesday, August 9, 2011

Cinta@Masa Depan

Kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan,mengapa sering terjadi pilihan tak menepati...
Cinta atau Masa depan??persimpangan hidup yang membawa kita untuk membuat pilihan.
Masa depan menjanjikan sesuatu yang baik dalam kehidupan kita, kita membayangkan masa depan yang cerah dengan kejayaan serta kebahagian yang akan kita perolehi d masa depan..
Cinta pula, tidak menjanjikan apa-apa untuk kehidupan kita cuma yang ada kebahagian, kejujuran, keikhlasan, kepercyaan dan kepastian yang mampu diberikannya.
Oleh itu, ramai antara kita yang akan memilih Masa depan sebagai pilhan yang terbaik. Tapi tak ramai antara kita yang terfikir, bahawa masa depan hanya bayangan yang terlintas dlm fikiran kita, dan keinginan yang belum pasti kita mampu dapatkan..Bak kata pepatah "Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang Menentukan"..
Kita juga terlupa bahawa cinta yang kita tinggalkan akan pergi dari sisi kita...
"Cinta Sekarang atau Cinta Masa Depan"...